PLF Coach Hazwan Padzil


Mohamad Hazwan bin Padzil
Da’i Millenia TV3,  Professional Learning Facilitator,


MOHAMAD HAZWAN BIN PADZIL  adalah seorang perunding latihan dan pembelajaran yang berkaliber dalam isu kesukarelawanan, kemanusiaan dan pembangunan minda.  Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, Pahang, beliau menyambung pelajaran di Akademi Laut Malaysia (ALAM) dalam bidang Diploma Kejuruteraan Marin dan memegang Perakuan Kekompetenan ( COC ) sebagai Jurutera Kelas ke-4.

Beliau melanjutkan pengajian beliau dalam ilmu sains Meta, Kuasa Minda, dan Perubatan Islam dengan beberapa orang sifu dan mentor di dalam proses memantapkan ilmu kemahiran dan praktikaliti.

Disebabkan minat yang mendalam terhadap keagungan ciptaan Allah SWT terhadap jiwa manusia, beliau digelar Mekanik Jiwa.

Kelayakan Profesional
  • Professional Learning Facilitator
  • Certified Practicioner Spiritual NLP, NFNLP, USA
  • Certified SOIF Coach,International PLF Sdn Bhd
  • Certified Spiritual Emotional Freedom Technique
  • Certified Unconcious Flash Reading (UCR)


Pencapaian
  • Finalis Program Daie Millenia TV3, Musim Pertama (2013) 
  • Sukarelawan Dakwah di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli Kok Lanas, Kelantan.